Saturday 29 December 2012

terima UGUTAN ~_9

selama ni aku dok dengar story adik aku yang dia kena ugut kat bekas kawan dia tapi sekarang ni budak tu berani ugut aku pulak.ada ke patut.berani betul dia..dia mesej aku tak pernah henti henti bermula dari awal september sampai sekarang.aku tak pernah balas satu p0m.memang penuh keazaman la dia.

mula mula dia cakap adik aku gilaaaaaaaaaaaaaa...dengan panjangnye dia mention gila tu.
pastu adik aku ni seorang yang coward,perempuan yang tak baik,yang tak syoknya dia cakap aku ni pom sama sama coward dengan adik aku.aiseyman..tapi aku sabar lagi.pastu tiba tiba dia hantar mesej pasal perempuan nak kahwin n perempuan nak couple yang mana gatal.aku tak faham la..

yangggg..aku naik darah dia mention nak BUNUH adik aku.ni dah masuk kes UGUTAN ni...dia cakap adik aku ni TAKDE OTAK.BODOH,PERAMPAS N HIPOKRIT.pengecut n bajet comei laa...mmg comel pom..huhuhu..owhhh..baru aku faham kenapa dia naik gila macam niii sebab sebelum ni adik aku pernah cerita yang dia ni ada hati kat pakwe adik aku.pakwe dia p0m satu g layan pulak minah niii..minah ni ingat kan pakwe adik aku syok kat dia.last last budak ni cakap dia nak kawan jerr..minah ni yang lebih lebih.

walaubagaimanapom kalau seorang perempuan yang faham erti persahabatan dia takkan main dengan pakwe kawan dia kan?tapi minah ni..?pastu boleh pulak dia cakap adik aku ni perampas.pulak dahh..
pastu dia cakap na dah mati.huh penipu punyer minah senget.dia ingat senang ke nak bunuh orang.
pikiran letak kat mane entah..then dia siap panggil adik aku setan.padahal dia tu yang setan.perangai tak ubah macam setan.

bab nakal pulak boleh jew dia edit gambar aku n adik beradik ni jadi macam hantu.obsess sangat sampai macam tu sekali.adoii..tak pernah ambo jumpo orang gini..dok rok secetung orang ganu kate..lepas tu dia boleh pulak mintak maaf..minta maaf atas segala kata yang menyakitkan hati..ada pulak rasa.
gambar adik aku yang comel ni dah jadi macam hantu

ni gambar kitorang 4 beradik.nampak macam ape dah? budak niii..agak2 la..

Friday 28 December 2012

LULUS ~_~

akhirnya aku tamatkan jugak pengajian aku.
selama 3 tahun berhempas pulas nak habiskan tak sia sia sebab akhirnya aku dah LULUS...
yahoo lulus LJM that mean aku dah jadi nurse yang bertauliah..
aku dah boleh jadi nurse kat mana mana klinik @ hospital..
aku dah boleh rawat pesakit sendiri tanpa bantuan clinical instrukture lagi...

LULUS...
kawan kawan ramai yang lulus tapi ada jugak yag tak lulus..
kesian la bagi yang tal lulus..sebab one of my geng p0m ada yang tak lulus..
kesian dekat dia sampai nangis nangis tak leh terima hakikat.

hari ni adala kejadian yang tak diingini oleh aku,
lepas jumaat td eton one of my best friend jugak datang rumah ajk aku pergi cc,
then aku p0m pergi la dengan niat nak tolong dia isi borang spa8..
sebelum tu ajak pergi rumah dia dulu nak makan mee sup n kek yang dia buat untuk atok dia,

sedang dok syok makan datang p0k mat tu dengan yana rumah eton,
rasa nak marahnye.....dahla datang tak bagitau,yang kawan aku dua orang ni planning punyer la cantik..sampai aku tak perasan p0m,memang dah macam pro la aku tengok

tapi thanks to uoalls berdua laa..i can meet dengan p0k mat sengal niii arini.
buat suspen konon nk bawak jumpe mak dia..ape acah jer..dia bawak round dalam kampung dia pastu round rantau panjang.nak tunjuk air banjir la tapi dah surut semuanyaa..
makan ais cream jagung yang besohor sedap kat rantau panjang tu..
bagi aku biasa jerr..

on the way balik rumah singgah kedai tudung ariani..dapat hadiah tudung sehelai kononyo hadiah sebab lulus laa..sentimental la plak mamat nih.geram betul dia buat gini kat aku..takpe..ada ubu ada batas ada hari baik aku balas.hehe..berdendam jugak aku nim.dengan mamat ni jerr..hehe

balik rumah jer kena bambu kat ma sebab balik lewat(malam).aku p0m sebenarnya tak berkenan balik malam nim.d0k kampung kena la jaga tatsusila...tapi ma boleh makan sate sebab mamat 2 bli sate kirim ko ma..xpelah..janji aku balik kan..ape p0m aku lulus..hehehe..sekiannn..

im freedom

Thursday 29 November 2012

dapat rendah markah mock ljm 8 T_T

sape yang tak sedih dapat markah rendah weii...selama aku jawab soalan tak pernah dapt markah rendah camni tapi alih alih markah rendah giler..nama aku dalam list pelajar tercorot sekali..adoiii...
sakitnyer kepala akuuu.. macam mana boleh jadi macam nim... aku dah buat yang terbaik dah..dalam kelas aku beri perhatian cuma kadang kadang masa lecturer boring jer ada main main sikit lam kelas.sikit sikit jer.. pastu lau lecturer tanye benda benda aku macam boleh jawab la jugak,kira ada response bila ditanya tapi kenapa aku tak dapat jawab jugak soalan mock niii..

bila tengok nama nama student lain dapat markah tinggi macam tak percaya jugak.bila masa diorang jadi pandai macam tu sekali..diorang meniru ke dalam exam? aku bukanye tak boleh meniru tapi aku tak nak amalkan budaya meniru takut nanti akhir ni aku d0k harap dengan orang nak meniru tapi alih alih masa exam sebenar orang lain dok sebelah aku..mana boleh macam tuu..

tapi walau bagaimanap0m aku nekad aku nak lulus jugak ujian next week..aku nak tengok sejuh mana kemampuan aku senenarnya selepas 2 mggu bertungkus lumus balik lewat stay kat library.aku tak nak meniruuuu....katakan tak nak.



selain 2 doa ni lecturer aku selalu pesan suh baca allahummaya sir wala tuasir-doa untuk memudahkan urusan seharian

pray for gaza

selamatkanlah gaza
ya allah ya tuhanku
 kau lindungi umat2 islam dekat gaza,
berilah mereka perlindumgan,kekuatan dan keberanian untuk melawan rejim zionis yang zalim.

rasa sedih dan pilu bila lihat gambar2 rakyat palestine yang diserang
kanak2,wanita dan orang awam menjadi mangsa
fitnah israel mengatakan askar palestine menyorok disebalik orang awam
tapi terbukti sebenarnya rejim zionis yang sembunyi di sebalik orang awam.

mereka diserang tanpa belas kasihan
di b0m, ditembak tanpa mengira tempat
sekolah, rumah, tempat awam menjadi sasaran

bangkitlah wahai umat islam seluruh dunia
lakukan sesuatu yang kita mampu buat untuk memerangi
kekejaman rejim zionis yang berleluasa ini

di akhirat nanti kita akn ditanya apa yang kita buat untuk memerangi kekejaman kpd umat islam
walau sedikit pom kita kena lakukan sesuatu mengikut apa yang kita mampu dan terdaya





                                       















Tuesday 23 October 2012

ape makne kawan..??

menurut kamus wikipedia friends means person who c0mpeny s0meone enj0ys
dalam kamus online inggeris melayu pulak kate friennd ni menjadi kawan tak kiralah lelaki @ wanita
manakala dalam kamus dewan online pulak mengatakan kawan ni adalah yg turut serta dlm sesuatu pakatan; orang yg menjadi teman utk melakukan sesuatu.

tapi bagi aku makna kawan ni bukan setakat menemani @ turut serta tapi menjadi pend0kong dan peny0kong pada temannye @ kawannye..sentiasa ada nersama tak kiralah dalam keadaan sedih @ gembira semuanya k0ngsi bersama.pahit getir ketika berkawan lalui bersama..

lebih-lebih lagi masa tengah belajar,mestilah lebih banyak masa dihabiskan bersama.makin lama makin kita kenal dan makin kenal peel perangai kawan kita.bagi aku tak kiralah kawan aku tu perangai jahat ke hati busuk ke baik ke semuanye aku kawan.selagi ia tak menyalahi hukum allah tiada larangan mengatakan kita tak b0leh berkawan bahkan nabi saw mengatakan lagikan musuh kena h0rmat inikaan pula kawan.

bagi aku kawan tu kenalah saling lindung melindungi,kena h0rmat antara satu sama lain dan kenalah saling t0long menol0ng kalau dalam kesusahan,berd0a sesama sendiri bagi mengekalkan persahabatan dan paling penting kena saling mempercayai.tu semua ramuan bagi mendaptkan sebuah persahabatan yang sejati..

bagi setiap 0rang kena tahu nilai dan makna kawan barulah b0leh dikatakan kawan sejati. ~_^

pict may friends kat masterskill..h0pe this relationship will n0t juz end here.





Monday 22 October 2012

derats kat besut ^_^ best...

suka sangat boleh jalan jalan kat kawasan sektar kuala besut.
rupa-rupenya banyak jugak tempat menarik b0leh pergi..tak rugilah pergi rumah sarni.
by the way thanks to sarni lah,
kalau dia tak nak bawak pergi rumah dia memang tak berasa lah dapat jalan jalan kat situ kan..

day 0ne sampai jer kat rumah sarni dah lewat cz sebelum tu kit0rang singgah minum kat rumah hayati dulu..
saje nak kenal rumah dia cz tak pernah pergi kan..s0 singgah la kejap,nanti senang kalu ada 'bekw0h'
leh la pergi sendiri.confirm tak sesat..

sampai jer kat rumah sarni kena lah hujannn...petang tu ada sikit sakit kepala related to hujan..
s0 malm tu kit0rang juz rehat and santai kat rumah jer..leypak king with her family...

next day in the m0rning we alls gerak menuju ke jalan yang benar..eh menuju ke pasar besut...
kat sane kit0rang cuci mata teng0k tudung tudung yang macam2 fesyen la.sampaikan tak dan nak ikut.
beli la jugak sehelai duakan..nanti kempunan pulaks..hehe..
jalan2 and r0und2 kit0rang p0m jumpala kedai yang dipanggil bundles..kat situ macam2 jenis pakaian ada.yang branded,murah and b0leh tawar menawar..kit0rang p0m jalankan kerja kit0rang pilih barang then tawar menawar dengan peniaga,cewah..untung den kalau dapat haraga murah cam gini selalu.hehe..

sebelah petang lak kit0rang pergi makan dekat pantai air tawar.kedai nasi air pak...pak..pak ape la lupe plak.kat situ amir belanja makan.best jugak orang belanja sekali sekala kan.he3..xlupe jugak pada saadah and linda.di0rang p0m j0in jugak.

kees0kan harinya pergi kat dataran besut,niat dihati nak jalan2 kat pelabuhan tapi tak jumpe lak jalan nak masuk kat sane..s0 jalan2 kat tepi jelah...then singgah kat pasar malam,ada beli makanan then teng0k tudung c0mel...terasa nak beli jer tapi sabar Da..baru jer beli kan.jangan membazir..amalan syaitan.

last day pergi jpj besut cz aku nak sambung lesen.ingatkan kena bayar banyak tapi rm20 jer.trimas abg jpj ek.jasamu akn ku kenang.hehe3..lepas tu  sarni bawak pergi r0und2 pantai..pastu pergi rumah hayati..ade wak jamuan sempena kit0rang datang kat besut.dapt makan mee celup and nasi air..hayati memang best la.hik3..lepas tu gerak pergi ke t0k bali..kat sane kit0rang leypark sambil teng0k pemandangan pantai.tak ramai orang sangat cz hari nak hujan..malam tu aku diserang sakit gigi sampai nangis2,rase nak bagi penampar jer kat sape2 yang ade kat sebelah.

disimpulkan ceritanya memang ser0noklah duduk kat sini.banyak tempat menarik b0leh pergi.s0 lainkali b0leh pergi lagi..
selepas balik dari pasar,tak sabar nak makan kuih
sebelum bert0lak ke pasar sempat lagi p0sing ayu.ahaks..
linda,saadah,sarni,yana n paling penting hensem b0y amir yang belanja kit0rang.heheh

dah magrib p0m p0sing lagi cik adik 0ii..

with yana ^_^

sarnii..^_*

jatuh kannn...

sedia nak maman kat rumah hayatie...

singgah t0k bali jap,release tensi0n

suka gad0h ngan yana.



Saturday 20 October 2012

^_^ champion liga malaysia 2012 ^_*

kelate menang...
g0 more kelate go more...meme sesuai sangat la nge pasukan kelate sl0gan ni,
sebelum teng0k perlawanan ni tadi meme debar jug0k la sebab tak sangka sangka la
kelate bleh mene walaup0m striker berbisa m,ghaddar n m.farhan tak ade..

tapi tu semua sangkaan yang tak b0leh dipakai..mat y0 ade lagi la 0ii..
mat y0 jadi her0 aku dan seluruh rakyat kelate tadi..memang kena tabik spring la k0 mat y0..
bertungkus lumus sumbat 2 g0l untuk kelate n satu lagi 0tai kite indra putra yang sumbat.

dua2 pasukan guna teknik serang sama serang s0 permainan ni jadi bertambah rancaklah
baru jer nak meraikan g0l ade jer g0l baru,yang tulah jadi makin berdebar jantung ni
nasib baik berfungsi lagi jer.

mula mula tak nak keluar teng0k b0la,almaklumlaa duduk rumah norma sani, abang abang dia semuanye ade..siap masak mehun 5 bungkus oo..bayang la ramainya sanak saudara dia,malu laa.. tp atas desakan yana terpaksa jugaklah aku keluar teng0k..malu malu tapi mahu orang kate.hehe4..

bila b0la start jer..xde d0h perasaan malu 2..buang kat tepi d0h,
semua s0rak macam kambing lapar..lebih2 lagi bila b0la masuk jer memang keluar semua suara jantan aku ni.haha..family dia sp0rting etep..aku p0m jadi tak segan sangat la..huhuhu

kelantan menjuarai ketiga tiga liga di malaysia pada tahun ni

antara peny0kong yang hadir beri s0kongan kat team kesayangan di0rang, siap erkempen tak nak najib lagi,
kelas kau nyah

pemain yang diturunkan menentang ATM

off c0ursr kelantan dapat piala..

pandai bajet ehh..


Wednesday 17 October 2012

~~tak rasi0nalkah aku~~

hari ini aku sedar bahawa berfikir secara rasi0nal tanpa mengikut naluri adalah lebih baik..
selama ini aku sedar rasional itu lebih baik tapi seringkali aku bertindak mengikut naluri..
apabila naluri tergerak untuk membuat sesuatu aku akn buat walaupun aku
sudah fikir sebenarnya perkara tu tak mendtangkan faedah p0n.
ini membuatkan aku jadi se0rang yang tidak tetap pada pendirian.
tapi itulah aku...seringkali aku ditegur dengan sikap ku yang tidak tetap dengan pendirian ini
tapi aku tetap aku..
aku cuba untuk belajar bertindak secara rasi0nal tapi akhirnya naluri juga bertindak dulu
,tapi itu tidak bermakna ku bertindak mengikut nafsu..
kekadang naluri aku betul..tapi kekadang juga membawa padah padaku..

aku terlalu memikirkan sesuatu dan nerfikir dan berfikir dan berfikir
sampaikan suatu tahap aku b-leh buat pelbagai andain negatif
membuatkan aku sering salah sangka terhadap sese0rang itu
padahal perkara kecik jer..







Tuesday 16 October 2012

```pengalaman mengajar erti kehidupan```

kadang kadang kesusahan dan kesenangan menjadikan kita lebih matang, pengalaman yang dilalui dahulu dijadikan pengajaran untuk melalui hari ini, es0k dan hari hari akan datang.keperitan dan kesedihan yang menemani kita pada hari ini insya allah akan menjadi kebahagiaan bagi kemudian harii..

aku juga harap keperitan yang aku lalui sekarang ni hanya sementara, biarlah apa yang aku lalui sekarang
ni berakhir disini sahaja.aku tak mahu pisang berbuah 2 3 kali dan berkali kali sampaikan aku menjadi lali.aku tak mahuuu...

ya allahh..jadikanlah apa yang berlaku 2 3 hari ini sebagai mimpi yang tak akan berulang lagi selepas ini,
aku tak mahu lagi ada kehilangan sebab kehilangan itu satu penyiksaan.


Monday 15 October 2012

...nAmuNn...


Ada orang yang kamu TIDAK PERNAH kenal atau bercerita tentangnya, NAMUN dia membencimu & memutuskan dirinya darimu; HANYA KERANA mulut-mulut orang yang menabur kisah rekaan & label yang jahat untukmu.

Ada pula mereka yang sayangimu, juga HANYA kerana cerita manusia, tanpa menyelidik kesohihan cerita baik itu.

JUSTERU, yang lebih UTAMA, bersabarlah dari dukacita atau gembira kerana kedua hal itu kerana itu semua ujian buatmu. Menguji siapa yang meletakkan benci dan kasih Allah sebagai 'makanan' rohaninya bagi mengharungi jalan di dunia.

Thursday 30 August 2012

(*,*) pilih la yang b0leh bahagiakan kitew

macam mana nak gambarkan perasaan aku mase tu,aku p0m konpius jugak.nak kata suka sangat tak jugak nak kata tak suka p0m tak jugak tapi macam puas hati..sebelum ni tak pernah p0m bawak laki balik rumah tetiba bawak balik.masa tu takdela berdebar p0m tapi aku takut ngan penerimaan orang tua means my parents la.b0leh ke di0rang terima dia?thats the questi0n.and aku sangat sangat la takut abah tak layan sangat dia cam tetamu lain.nanti terasa plak kan aku jugak susah.
dia pulak bedebar sesangat sampaikan nak cakap p0m sesangat la susah..malu2 kucing la kononnyerr..
hampesss.. 1st time b0leh consider la tapi nati lau sec0nd time p0m still macam tu n0 p0ints la nak teruskan.aku takley 0rang senyap2 ngan parents aku ni.nati aku plak makan hati kang nati.tau n0 body perfects but masa ada peluang ni la b0leh pilih kann.. huhuhuhu
still g0t time lagi ida..

Thursday 19 April 2012

(0,,0) next week exam LoL.. (0,,o)

       bace w0ii..next week exam lak.ape aku nak bace dulu niii???banyaknya nak kena bace.aduhaiiii..macam mana ni???? nak start bace PKM (psy) dulu ke?tak menarik ahh..nanti tak sampai setengah jam aku dah lent0k.. tapiii..aku paling lemah subjek ni nak tak nak kenalah berk0rban sikit.napelahhhhhh ada subjek ni.payah nak mampus,dah lah tak faham ape p0n.madam pulak satu hal ajar benda lain tapi bila keluarkan s0alan tak mengikut apa yang diajar.aduhaiii ni yang buat aku bengan niii.. nasib baiklah subjek ni bukan sepenting subjek SEO, kalau tak memang turun la p0inter aku sem nii.... aku bukannye tak minat dengan subjek PKM tapiii...ada sesuatu yang membuatkan aku susah nak faham.maybe disebabkan tentang isi dalam subjek ni k0t yang membuat aku susah nak faham.yelah study sal 0rang gila bila la aku nak faham.macam macm yang kena faham.kalau SEO ke PKI ke b0leh la aku f0llow sikit sikit cz ia kena hafal je..(kena faham la jugak) aku nak buat camne ni??? emmmmmm..tawakkal jelah nanti.. k0 bace banyak banyak sampai agak agak nak pecah kepala tu pastu baru kau berhenti eh, hahahahaha....gile  ke..aaaarrrrrggghhhhhh..tensi0n betul.

       target aku sem ni nak strict 'A' tapi memandangkan aku lemah dalam PKM s0 kena la kurangkan target aku nanti takut tak sampai target aku jugak yang frust men0nnggeng nanti,tapi orang kate tak salahkan kalau kita berazam tapi dengan satu syarat kenalah bersungguh sungguh dan d0a paling penting.aku baru ingat madam ada bagi d0a kat kit0rang suruh hafal bagi mudah jawab s0alan exam nanti,kenapalh aku lupe haritu kalau tak mungkin lagi mudah mase aku masuk osche semalam.aig00ooo~~
     
kalau nak exam,interview atau ape ape yang penting bacelah d0a ni.madam cakap insya'allah akan lancar semuanye benda yang kita nak buat tu.
       
           harap harap nanti aku dapat la jawab s0alan peksa tanpa meniru sape sape seperti sebelum ni.insya'allah..sem0ga ape yang aku pelajari selama ini dapatlah dicurahkan dalam exam nanti dan curah p0m ambik balik laaaa..jangan sampai curah pastu tak ingat dah semua.macam tu biasanya aku ni.mudah sangat lupe.macam orang tua nyanyuk je.

       

Wednesday 18 April 2012

*=* bad day t0 me *=*

tak la malang sangat tapi aku kehilangan tudung yang baru jer aku beliiiiii...nak tudung tuuuu...warrrrhhhh.. tudung baru kan mestila sayang lagi,baru je pakai dua tiga kali da hilang.apelah nasib akuu niii... sayang sayang sayang sangat tudung tuuuu....eeeeemmmmmmmmmm.... patutla aku rase tak nak bawak balik jer tadi rupe rupenye nak cicir.kenapelah aku tak ikut rasa hati aku tadi.kan dah hilang...aigo00~~ tudunggg...kembalilah kau padakuuuuu...akanku guna kau sebaik mungkin,lepas tu kau nak hilang terus p0m takpelaaa...uummm..inilah orang kate takde rezeki..mek bersyukur la dengan apa yang kau ada tuu..jangan  d0k taksub sangat.tu baru je tudung kau hilang nanti kalau hilang benda yang betul betul berharga kau nak buat apa mase tu.. fikir la sikittt..amb0iiii..syukur 0key.istigfar banyak banyak.mungkin lepas ni kau dapat yang lebih c0mel, lebih mahal.(ayat biasa nak legakan diiri sendiri)
selamat tinggak tudung..dengan siapa p0m kau berada harap kau digunakan dengan sebaik mungkin.

semalam hari jadey sani.macam mana la aku b0leh lupe.padahal aku ingat s0kmo tarikh ni tapi semalam aku lupe.betul betul lupeee..aigoo00..teng0k citer k0rea sampai nak muntah macam mana la nak ingat benda lain kan.dahlah 0sche sempat lagi teng0k k0rea.kate nak sc0re 'a'.hampeehhh..tapi semalam aku rase s0alan mudah la sikit pada harini.walaup0m s0alan strict to the p0int takde yang tricky tapi nak ikut prcedure tu yang susah.kena hafal satu satu.kalau yang sterile punyer tu lagilah.lau dah langgar prinsip sterile sekali kena buat balik.kalau tak memang dapat mark k0song laa kau mek.. hari ni pulak sal GCS (glascow coma scale)
memang fail lah aku.d0k ingatkan masuk s0alan bagi pen n paper tapi rupenye masuk pr0cedure.apela malangnye nasib akuuu...nasib la dapat c0ver dengan s0alan pen n paper.boleh la buat menenangkan hati ni.

Friday 13 April 2012

::0sche dah dekat Mek::

ape nak jadey la dengan aku niii..
0sche (ujian praktikal) dah dekat tapi persediaan takde sikit p0m
tinggal lagi 3 hari nak osche tapi still main main

tapi nasib baiklah aku datang klass hari ni cz 
madam cakap sape2 yang tak datang hari ni kemungkinan besar
takkan dapat masuk 0sche
sampai macam tu sekali, dahlah ramai yang p0nteng klass
yelah dah semalam cuti sempena hari keputeraan mestilah ramai yang tak datang harini
ambik kesempatan laaaa....ape lagiiii...

pade sape sape yang tak datang tuu bak kata madam lee padam muka
tak dapat masuk 0sche, hahaha
sape suruh cuti awal, nak balik kampung k0non
ingat kit0rang yang stay ni takde kampung ke?? siderlate la sikitttt..

apep0m harini mase lam m0ckward(klass) aku and the geng memang happening giler la
b0leh lepak lepak dengan bebudak gr0up len
gelak gelak sampai nak terburai perut
d0k main kejar kejar lam tu snap picture laa

0rang len d0k busy nak ambik sign ngan madam tapi kit0rang b0leh buat derkkk..
sebabnye kita0rang dah dapat semua (80%) sign madam
hahahahahahahahhahhahahahahahaha
suka sangatttttt..

bagi yang belum penuh tuu i pray u all dapatlah sign madam yang mahal tu
tapi dengan syarat u all kena pandai buat pr0cedure and paling penting pandai b0dek
madam ni kadang kadang makan b0dek gak
bukan pe di0rang kesian teng0k kita tak cukup sign kan s0 di0rang p0m ikutla rentak kita..
kita p0m kena lah pandai pandai mainkan peranannnn...kan kan kan..

macam ada pengalaman jerr..hehehehe

linda sue aku  baby budak banyak main pada main main.ahaksss...

madam dila yang t0lon snap gambar ni..0whh terharunyerrr,,hahaha..aku ingatkan madam nak rampas henset rupenye nak t0long snap,kush semangat aku.dahla telef0n bru beb..yang sue punyer.hahahaha...


lawak ke der kau tunjuk gigi kau tuu.. macam muka tak siap jer aku teng0k.hahaha

aku jer kulit nmpak gelap.asenya dah tebl aku taruk bedak tadi.hahaha

buat latihan untuk 0sche,dipantau 0leh madam,aku lariiiiiii...

lebih kurang macam ni lah 0sche aku nanti,guna patung.bezanya nanti kena buat s0rang s0rang,takde yang ajar.all by 0urself.

aiiiiii...bincang ape tu..sy0k jerr...sy snap pict p0m ta sedar.